Kehilangan...

Jumaat lepas di opis, berjumpa kembali Insp. Razi yang sudah lama tidak menghantar barang kes. Sudah bertukar ke jenayah katanya... Lama juga berbual, hingga satu soalan diutarakannya...sesuatu tentang arwah...Pn.Rosni. Di tangannya, satu laporan 39B Pn.Rosni. Ramai peguambela mengambil kesempatan atas kematian...Yang pening...IO dan DPP.
Itu tentang etika profesionalisme...Apa yg membuatku tersentuh ialah isu personalisme....Hati dan emosi.
Sampai ketika ini...saat ini...apa yg berlaku masih umpama mimpi. Masih berharap akan dikejutkan dari lena yang panjang...tapi sakit yang datang di dalam ini...menyedarkan bahawa semua ini adalah kenyataan.
Lebih kurang 3 bulan sahaja...dari mula terbongkar segala sakit dan derita...hingga saat pergi untuk selamanya!

"Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman
kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa
atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan
hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu
yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia
Mahamulia lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk [67]:
1-2).1

Kesakitan dan derita Allahyarhamah menanggung kanser paru-paru, tulang dan otak...moga dibalasi nikmat oleh Allah SWT di akhirat sana. Amin

Pergimu di usia masih muda...di mana anak-anakmu masih kecil dan perlu kasihmu...di mana kami masih mengharapkan bimbinganmu...Tapi Allah lebih menyayangimu. Engkau isteri, ibu dan sahabat yang baik di dunia...Moga Allah memberkati hidupmu di sana.

al-Fatihah buat Allahyarhamah Puan Rosni Hamid.
Mantan Ketua Seksyen Narkotik
Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Pulau Pinang
~kami rindu padamu...~

Comments