Aku Seorang 'Penunggu'

8 februari 2010 jam 0820

Aku mengatur langkah sederas yang mungkin, langkah yang diatur seiring deringan demi deringan yang ku terima dari telefonku, Takku peduli pandangan manusia lain yang melihat langkah robotku, seolah langkah seorang doktor menuju ke wad kecemasan. Deringan itu memaksaku terus melangkah dan melangkah...hingga tiba ke tingkat 1 seperti yang dipinta oleh suara dari deringan itu.
Mataku terpana pada deretan tubuh manusia berkot serba hitam. Media massa ada di mana-mana. Terdetik di hatiku" betul kah kaki yang membawaku ke sini...?" Ku cuba menelefon kembali pada nombor yang sedari tadi galak mengasak gegendang telingaku. Tak berangkat. Terus ku dail telefon pejabatku, bercakap dengan rakan sejawatku...Di sebelah kanan azie, bukan di sebelah kiri, dan tak salahnya tingkat 2 bukan tingkat 1. Panas rasa di hati...tapi masih suam kerana mentari pagi ini masih tidak seberapa terik...:)
Terus ku naik ke tingkat 1, nah! apa yang kulihat terdapat deretan wajah yang ku kenal...dan itu diakah insan yang menelefonku sejak tadi? Dan ku lihat tanda Mahkamah Tinggi 7 ditampal pada tandaan sebenar Mahkamah Majistret. Terus ku kata...saya sesat... Insan itu hanya senyum sambil kata, oh yea Pn, mahkamah baru tukar, dulu tingkat 2....Hatiku terus berkata-kata....mudahnya.......

Ku lihat jam sudah berganjak ke pukul 1100, tapi aku masih di sini. Menunggu di luar kamar mahkamah yang agung. Deretan wajah polis-polis di luar ku lihat sudah kelelahan. Ditambah terikan mentari di luar...panas di dalam hati bertambah mencarak. Ku lihat sekolah Convent Lebuh Light di depan...lihat para pelajar keluar berehat...lihat kenderaan bersimpang siur di hadapan bangunan mahkamah...Lihat dan dengar kenderaan yang menggila di jalan raya...Macam-macam ku fikirkan...dan aku penat..." Pn, peguambela lambat sikit, dia ke Balik Pulau pagi tadi..." Masya Allah....berapa lama masa ku bazirkan, berapa banyak report kimia boleh ku siapkan dengan masa yang terbazir ini?...

Jam 1230, aku dimaklumkan, pihak OKT mahu mengaku salah, ada 'diskaun'...(macam mega sale heheheh) Alhamdulillah, jika benar, OKT lepas dari tali gantung. Jam 1245, " Pn, kes settle, OKT ngaku salah..." Aku senyum dlm masa sama hatiku kecewa sedikit...Aduhai, aku penat praktis beria2 nak beri keterangan, at last begini...? Tak apalah, polis terus berlalu dengan gembira....dan aku...terus lari kembali ke kereta yang di parking belakang Dewan Sri Pinang. Aku berlari bukan apa...untuk memastikan sesuatu tak elok tak berlaku... Tapi sayang, sampai di kereta, satu lembaran kertas berwarna hijau sudah terselit di celah wiper...yang menjelaskan...dalam tempoh 1 hingga 7 hari, RM15....dikenakan...kerana meter parking sudah letak ke angka kosong...................huuuuahuuuuaa...nampaknya terpaksa pula aku ke MPPP.....huaaaaaaaaaa....huaaaaaa.......

Comments

  1. awk dah byar ke saman parking wak tu??? hahahaha.... sbar la awk....

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....sudah bayar hari yg sama...:)

    ReplyDelete

Post a Comment